Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jemput Bruce Gilley Sebagai Penceramah, Universiti Malaya Buat Permohonan Maaf

Universiti Malaya (UM) buat permohonan maaf kepada semua pihak atas tindakan mereka menjemput seorang profesor pro-Zionis dari Amerika Syarikat, Bruce Gilley.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto memaparkan Gilley sedang menyampaikan ceramahnya di universiti berkenaan.

Susulan itu, menerusi satu kenyataan, UM telah membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadualkan dihadiri penceramah jemputan warga asing itu.

“UM mengambil maklum saranan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan telah mengambil tindakan.
“UM dengan serta merta telah membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri jemputan warga asing tersebut,” kata UM dalam kenyataan.

Dalam pada itu, UM turut memaklumkan pihaknya sedang menyediakan laporan lengkap berkenaan program dan aktiviti bersama Gilley.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“UM berasa kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di lama media sosial.
“Laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan isu ini,” ujar UM.

Universiti Malaya buat permohonan maaf jemput Bruce Gilley

Pada masa yang sama, UM turut memohon maaf kepada semua pihak dan akan memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi.

“UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak.
“Demi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat.
“Terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko media sosial,” jelas UM.

Sementara itu, UM turut mengecam kenyataan terbaru daripada Gilley yang menyatakan Malaysia bukanlah negara yang selamat untuk dilawati.

Artikel lain: MUDA Pangkah Kenyataan Penceramah Asing Di Universiti Malaya

“Pihak UM turut mengecam kenyataan terbaru individu tersebut berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia.
“Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.
“Pihak UM akan terus mendokong pendirian Kerajaan yang menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah,” kata UM.

Terdahulu, Gilley telah membuat satu hantaran menerusi akaunnya di platform X memaparkan dia sedang menyampaikan ceramah di UM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hantaran itu, Gilley menulis kapsyen yang menyatakan pemimpin yang menyokong Holokus kedua bagi orang Yahudi tidak akan pernah maju.

Kenyataan itu jelas-jelas mempersendakan pemimpin Malaysia yang lantang menyuarakan sokongan terhadap mereka Palestin.

Selain itu, ia juga menimbulkan rasa berang dalam kalangan warga Malaysia bukan sahaja terhadap profesor itu namun juga terhadap UM kerana telah menjemput Gilley.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd