Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dilaporkan Hilang Di Sepanyol, Wanita Singapura Ditemui Maut Dibunuh

Seorang wanita dari Singapura, Audrey Fang yang dilaporkan hilang semasa bercuti di Sepanyol telah ditemui mati dengan kesan tikaman.

Media Singapura, CNA, melaporkan seorang lelaki warga Singapura telah ditangkap di Sepanyol kerana disyaki membunuh Audrey yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Foto: FB Audrey Fang

Audrey ditikam sebanyak tiga puluh kali

Audrey yang dilaporkan hilang selepas keluar dari bilik kira-kira jam 8.45 malam pada 9 April itu meninggalkan barangannya di dalam bilik hotel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat Audrey ditemui di pusat hentian lori di Abanilla, Murcia pada 10 April lalu, namun mangsa dapat dikenal pasti oleh pihak berkuasa tempatan pada hari rabu.

Sehubungan itu, ketika mayat Audrey dijumpai, mereka dapat mengesan lebih daripada 30 tikaman yang terdapat pada tubuh badan mangsa.

Foto: FB Audrey Fang

Menurut akhbar Sepanyol, mayat wanita itu ditemukan oleh inspektor polis tempatan ketika dalam perjalanan untuk sarapan pagi di sebuah restoran berhampiran lebuh raya, Abanilla.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Abanilla terletak kira-kira 150 KM dari hotel mewah yang diinap oleh Audrey di bandar Xabia pantai timur, Sepanyol.

Walau bagaimanapun, akhbar tersebut tidak memberi pendedahan lanjut berkenaan dengan hubungan suspek dengan Audrey.

“Konsulat agung kehormat Singapura (HCG) di Madrid telah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kes itu.
“Kementerian Luar Negeri tidak mahu mengulas mengenai kes itu kerana siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri (MFA) menyatakan bahawa konsulat agung kehormat Singapura (HCG) di Madrid telah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan berhubung dengan kes tersebut.

Jelasnya lagi, MFA tidak dapat memberi sebarang komen mengenai kes memandangkan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

Sumber: CNA (Rachel Chan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd