Connect with us

Inspirasi

Wajah Mahu Dirakam Pengunjung, Ibu Lap Muka Kotor Anak Dengan Selendang

Kasih ibu tiada ganti malah selebihi segala-galanya. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, mereka sentiasa mahu anak-anak kelihatan terbaik di mata orang sekeliling.

Itu boleh diceritakan melalui satu posting di laman Twitter oleh Wajiha yang berjaya menyentuh hati warganet setelah melihat rakaman video tersebut.

Ibu mencuci wajah anaknya

https://twitter.com/wajiha90021764/status/1188365514881556480

Menurut Wajih, dia ingin merakam gambar seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan dua tahun.

Setelah meminta izin ibu kanak-kanak itu, wanita berkenaan meminta Wajih menunggu seketika kerana ingin mencuci wajah anaknya yang sedikit comot.

Rakaman video berdurasi 45 saat itu juga kelihatan si ibu mengelap wajah budak berkenaan dengan sehelai selendang yang dipakai di lehernya.

Gambar yang dirakam :

Cantiknya mata dia!

Posting dimuat naik pada 28 Oktober lalu itu tular di Twitter sehingga meraih 338,000 tanda suka serta diulang kicau lebih 77,500 kali.

Rata-rata terharu setelah melihat kasih sayang si ibu terhadap anaknya. Semoga kedua-dua mereka sentiasa dalam jagaan Allah SWT.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending