Connect with us

Infozon

Tumpang Cermin Kereta, Lelaki ‘Hensem’ Tersengih Kantoi Ditegur Dari Dalam

Setiap orangsudah tentu pernah melalui perkara yang memalukan di khalayak ramai secara tidak sengaja. Bila dikenangkan balik pastinya akan terasa lucu dan membuatkan kita sama-sama bergelak ketawa.

Paling mudah adalah jika kita ‘tertangkap’ sedang posing atau melihat wajah sendiri di cermin kereta orang yang terdapat pemandu dan penumpang didalamnya.

‘Tertangkap’ sedang berdandan

Hal ini samalah seperti satu video TikTok yang tular di media sosial apabila seorang pengguna dari Indonesia berjaya merakam seorang lelaki muda sedang bercermin di cermin tingkap keretanya.

https://www.tiktok.com/@lala_shl0818/video/6947640302668614913?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ulang tengok pun tetap terhibur

Video tersebut mendapat perhatian warganet memandangkan ramai yang terhibur dengan perkongsian itu.

Di ruangan komen, ada juga yang sempat memuji dengan memaklumkan lelaki berkenaan terlihat kacak walaupun sedang menahan malu kerana ‘terkantoi’ merapikan diri di cermin kereta orang.

Bingung tiba-tiba brader tu

Nasib ganteng

Pernah alami, memang malu!

Sejak dimuat naik tiga hari lalu, video tersebut sudah ditonton lebih dari 700 ribu pengguna TikTok dan kebanyakkannya terhibur dengan adegan spontan tersebut kerana ramai yang pernah melalui detik seperti itu,

Sumber: Lala_shl18

 

Continue Reading
Advertisement

Trending