Connect with us

Infozon

‘The World Of The Married’, Ajar Isteri Cara Bijak Berdepan Suami Curang & Si ‘Penyondol’

Sejak musim PKP ini, makin ramai yang berkongs pelbagai jenis filem dan drama di media sosial untuk ditonton bagi mengisi masa yang terluang sepanjang berada di rumah.

Antara yang menjadi pilihan adalah drama dari Korea, iaitu The World Of The Married yang mengisahkan tentang realiti kehidupan rumah tangga, kecurangan dan pengkhianatan.

Bukan sekadar rekaan pengarah

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Firdaus Shakirin, telah berkongsi mengenai kisah realiti dalam sebuah perkahwinan yang terdapat di dalam drama ini, sehingga membuatkan ramai yang begitu terkesan.

Jumpa wanita lebih cantik, suami gagal dengan ujian

Drama ini menyelitkan pengorbanan seorang isteri khusus daripada segi kewangan, sentiasa berada di belakang membantu sehingga mampu stabil dalam ekonomi. Namun, masih juga dikecewakan.

Hadapi kecurangan dengan cara yang bijak

Antara yang perlu dipuji dalam drama ini adalah cara si isteri menangani kecuranga suami, secara halus tanpa mudah melatah satu demi satu pengkhianatan dibongkarkan.

Ramai terkesan dan ramai yang geram

Isteri lebih kenal suaminya, dalam drama ini sehebat man pun suami cuba sembunyikan kecurangan, isteri pasti dapat merasakan sesuatu yang berbeza.

 

Wanita perlu tahu cara ‘bijak’ hadapi kecurangan suami

Banyak pengajaran dalam drama ini, antaranya adalah bagaimana cara untuk para isteri menangani kecurangan dengan cara yang bijak agar si suami curang dan si ‘penyondol’ terima padah atas kesilapannya.

Jika kita guna akal, lebih mudah untuk hadapi kecurangan suami

Tak sabar rasanya nak menantikan apakah nasib yang akan berlaku kepada para pengkhianat dalam rumahtangga. Kalau nak tahu, saksikan drama lakonan mantap daripada Kim Hee Ae, Han Soe Hee dan Park Hae-joon.

Sumber : Firdaus Shakirin

Continue Reading
Advertisement

Trending