Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Terpaksa Mencuri Untuk Bayar Sewa, Wanita Sebak Mangsa Tarik Laporan Polis

Seorang wanita gagal menahan sebak apabila perbuatannya mencuri beg milik seorang lelaki di sebuah stesen petrol di Bogor Barat, Bogor, Jawa Barat pada 15 Februari lalu dimaafkan oleh mangsa.

Menurut laporan Sindo News, kes tersebut diselesaikan secara keadilan restoratif (restorative justice) selepas mangsa yang juga pekerja di stesen itu menarik semula laporan polis selain suspek juga telah memulangkan semua barangan dicuri.

Ketua Polis daerah tersebut, Pol Bismo Teguh Prakoso berkata, suspek berusia 50 tahun itu sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

Memetik laporan DetikNews, hasil siasatan mendapati wanita berasal dari Ciomas itu terpaksa mencuri disebabkan terdesak memerlukan wang bagi membayar sewa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kejadian itu berlaku di SPBU Bogor Barat, Kota Bogor dimana perbuatannya dirakam menerusi kamera litar tertutup sebelum menjadi tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, suspek yang mencuri beg berisi dua telefon bimbit itu berjaya ditangkap polis selepas lapan jam melakukan perbuatan berkenaan.

Sumber: Sindo News, DetikNews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd