Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Konvoi RXZ Di LPT2, 4 Maut, Belasan Lagi Dilaporkan Cedera

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar Jabor, awal pagi tadi.

Empat terkorban dalam kemalangan

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, nahas yang melibatkan 13 buah kenderaan itu mengorbankan empat penunggang motosikal, manakala belasan lagi dilaporkan cedera.

Semua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak berkuasa telah mengenalpasti empat mangsa yang dipercayai meninggal dunia dalam kemalangan tersebut:

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Che Mohd. Sufian Che Ghani, 40, dari Bachok, Kelantan.
  • Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dari Dungun, Terengganu.
  • Mohd. Aizat Husni, 33, dari Besut, Terengganu.
  • Muhammad Safawi Md. Noh, 24, dari Felda Neram, Terengganu.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkaitan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Sumber: Utusan Malaysia 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd