Connect with us

WTF

Terlampau Sedih Ditinggal Kekasih Curang, Gadis Alami Tekanan Jiwa Hingga Tak Siuman

Cinta adalah sesuatu yang misteri. Ia boleh membuatkan sesiapa sahaja diselubungi kebahagiaan, bagaikan di awang-awangan.

Namun harus diingat bahawa ia juga boleh memakan diri terutamanya jika kesetiaan dicurangi dan perasaan cinta yang tulus tidak dihargai.

Begitulah seperti kisah sedih yang terjadi kepada seorang gadis cantik yang berasal dari Indonesia ini.

Mula alami tekanan jiwa sejak 4 tahun lalu

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Makassar Info dan TikTok @nanaeteng, gadis yang bernama Rina itu menjadi tidak siuman sejak 4 tahun lalu setelah dicurangi oleh bekas kekasih hatinya.

Biarpun berada dalam keadaan waras ketika ditinggalkan kekasih, Rina dilanda kesedihan yang melampau sehingga dirinya menghidap kemurungan.

Pada suatu hari, dia dikhabarkan telah jatuh pengsan secara tiba-tiba dan siapa sangka sebaik sahaja tersedar, dia tidak mengingati langsung identiti dirinya.

@nanaeteng

odgj cantik pinter bahasa inggris

♬ suara asli – De Imank FS – De Imank FS

@nanaeteng

minta do’a kesemua biar cepat sembuh tuk berobat AMIN

♬ suara asli – De Imank FS – De Imank FS

Disahkan menghidap penyakit mental

Kini, Rina disahkan sebagai seorang ODGJ iaitu Orang Dengan Gangguan Jiwa. Bimbang melihat keadaan anak mereka, kedua ibu bapa Rina telah membawanya untuk menjalani pelbagai kaedah rawatan namun keadaan Rina masih tetap sama.

@nanaeteng

pergi berobat biar cepat sembuh

♬ suara asli – De Imank FS – De Imank FS

Dikurung di rumah selama 4 tahun

Bukan itu sahaja selama 4 tahun berturut-turut, Rina terpaksa dikurung dalam rumah bagi mengelakkan gadis itu melarikan diri seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Difahamkan lagi setelah Rina dibawa pergi untuk menjalani rawatan di hospital, kini gadis itu dilihat lebih tenang berbanding sebelumnya.

@nanaeteng

minum obat penenang

♬ suara asli – Nana Eteng asgar – Nana Eteng asgar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap gadis tersebut. Malah, ada juga yang membuat andaian bahawa gadis itu terkena ‘guna-guna’ oleh insan yang sakit hati pada dirinya.

Semoga diberi kesembuhan

Dulu mesti seorang pelajar yang cantik & pandai

Sakit begini inshaa Allah masuk syurga kelak

Mungkin kena buatan orang

Sumber: Instagram makassar_iinfo TikTok @nanaeteng

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending