Connect with us

Inspirasi

Tatkala Penat Uruskan Pesakit, Petugas Covid-19 Tak Lupa Sembah Pencipta

Bagi kakitangan perubatan, segala kudrat diberikan sepenuhnya dalam menjalankan tugas sebagai ‘frontline’ bagi membendung jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Bukan sahaja di Malaysia, malah ‘frontline’ sebanyak 125 negara dan wilayah di seluruh dunia bertungkus lumus merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit tanpa mengenal erti siang atau malam.

Begitu juga yang berlaku di Iran apabila kakitangan perubatan ‘berkampung’ sejak beberapa hari lalu di bandar Erbil dalam memberikan perkhidmatan buat mangsa yang dijangkiti wabak tersebut.

Namun lebih menarik perhatian apabila terdapat sekeping gambar seorang kakitangan sedang mengerjakan solat dengan lengkap berpakaian hazmat.

Walaupun ‘terseksa’ dalam kepanasan, kakitangan itu tidak membuka sut tersebut sebaliknya terus menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim di atas sejadahnya.

Advertisement

Sedar mengenai risiko ketika menguruskan pesakit, tetapi mereka pastinya percaya bahawa Allah sebaik-baik pelindung dalam menghadapi wabak berkenaan.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending