Connect with us

WOW

Tamatkan Zaman Anak Dara Di Usia 56 Tahun, Foto Kahwin Nenek Ini Viral Di Media Sosial

Ketentuan jodoh sememangnya terletak di tangan Tuhan, tidak kiralah lama pun kita menunggu nak naik pelamin kalau dah Tuhan tentukan jodoh kita ada, pasti tidak akan kemana.

Macam kisah si dara berusia 56 tahun ini, sekian lama menanti menanti jodoh akhirnya dia dipertemukan dengan seorang duda tanpa anak, bernama Sirajudin.

Selepas 56 tahun tamatkan anak dara

Dikenali sebagai Hajah. Hawang, perkahwinan ini merupakan yang pertama buat diri wanita warga emas ini, setelah hatinya berjaya ditambat oleh jejaka pujaannya.

Memandangkan sudah lama menunggu untuk menjadi seorang isteri, meskipun pasangan tersebut sudah berusia namun majlis perkahwinan mereka disambut dengan cukup meriah.

Bergambar romantik bak orang muda

Bagaikan ‘wedding of the year’, nenek 56 tahun itu dihias bak sang puteri terus tampil jelita dan nampak lebih muda daripada usia yang sebenar.

Macam orang muda bergambar, kesemua foto pasangan pengantin baru ini menjadi viral di media sosial, apabila rata-rata netizen suka melihat pasangan yang cukup romantik ini, walaupun sudah berusia.

Jadi pada sesiapa yang masih tiada jodoh itu, janganlah risau mana tahu jodoh anda mungkin akan muncul dalam 30 tahun akan datang. Sabarlah menunggu…

Sumber : Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Trending