Connect with us

Inspirasi

Tamat Sudah Penyiksaan, Hikmah Covid-19 Puluhan Gajah Di Thailand Akhirnya Dibebaskan

Oleh disebabkan wabak Covid-19 sudah semakin menular di seluruh dunia, ia sedikit sebanyak telah berjaya menamatkan siksaanberpuluh-puluh gajah di utara Thailand.

Di Maesa Elephan Camp, Chiang Mai, terdahulunya memang cukup terkenal dengan aktiviti tunggang gajah dalam kalangan pelancong yang datang ke situ.

Perniagaan mula merosot

Namun, semenjak wabak pandemik ini menyerang perniagaan tunggang gajah sudah semakin merosot kerana sudah tiada lagi pelancong yang datang.

Menurut pengarah kem, Anchalee Kalampichit, setelah 44 tahun, dia memutuskan untuk mengeluarkan kerusi kayu dan logam yang besar yang diikat ke pada belakang gajah sepanjang hari.

Tiada lagi aktiviti tunggang gajaj

Malah, kem itu juga telah mengumumkan bahawa ia tidak berniat menjadikan 78 gajahnya memakai gerbong berat setelah perniagaan dibuka semula.

“Kami akan mengalu-alukan pelancong untuk menikmati pembelajaran tentang cara hidup gajah secara semulajadi daripada menggunakan mereka untuk melayan para pelancong…”

Kini gajah-gajah tersebut akan dibiarkan bebas berkeliaran di kawasan kem, dan pelancong tidak lagi dibenarkan menunggang haiwan tersebut.

Sumber : Independent.co.uk

Continue Reading
Advertisement

Trending