Connect with us

WOW

Tak Tahan Barang -BarangAntik Selalu Dicuri, Akhirnya “Rumahku Muziumku” Di Tutup

Bermula hanya sekadar hobi semata-mata, Nordin Ali gemar mengumpulkan barang antik sejak umurnya berusia 15 tahun lagi. Sehingga kini, dia telah berjaya mengumpulkan kira-kira 2,500 artifak antik, yang tersusun cantik dalam rumahnya yang terletak di Melaka.

Disebabkan itu, dia telah membuka musiumnya sendiri yang dikenali sebagai “Rumahku, Musiumku” pada tahun 2002. Muziumnya itu boleh dimasuk oleh pelawat atau pelancong tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Pelbagai barang, dari pelbagai negara…

Barangan antik yang dikumpul oleh Nordin Ali ini bukanlah barangan lama yang biasa sahaja. Namun, dikatakan juga dia sanggup melaburkan duit demi membeli barangan yang unik termasuklah daripada negara-negara seperti China, England, Jepun dan banyak lagi! Harganya sudah tentunya sangat bernilai tinggi.

Dah fikir masak-masak, tutup saja musium tersebut!

Nordin Ali menjelaskan bahawa, dia berasa sangat kecewa dan sedih apabila banyak barangannya telah dicuri serta diambil oleh pelawat-pelawat yang datang ke musiumnya itu. Rumahnya itu juga selalu dijadikan sebagai sasaran oleh pencuci untuk dipecah masuk.

Tutup bukan sebab duit, tapi perasaan kecewa

Tambahnya lagi, bukanlah duit ataupun nilai barangan antik yang hilang. Tetapi, sebenarnya dia lebih berasa kecewa kerana nilai sentimental dari setiap barangan antik tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri yang tidak boleh ditukar ganti.

Tambahan pula, barangan-barangan antik miliknya itu dipamerkan secara terbuka kepada orang ramai. Disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia juga tidak termampu untuk melihat kesemua barangannya ketika orang ramai datang berkunjung.

Disebabkan perbuatan khianat orang lain, ramai yang telah melepaskan peluang untuk melihat barangan antik yang jarang dapat ditemui pada zaman ini. Jika anda pernah mengambilnya, tolonglah bertindak untuk memulangkan segera dan meminta maaf.

Sumber: SAYS.

Continue Reading
Advertisement

Trending