Connect with us

Cute

Tak Mengaku Jerebu, Bapa dan Anak Ini Pulangkan Semula Jerebu Ke Indonesia

Pembakaran terbuka di Indonesia telah menyebabkan jerebu di negara tersebut. Disebabkan itu, negara jiran seperti Malaysia dan Singapura turut terkena tempiasnya.

Banyak sekolah telah ditutup dan jumlah tersebut semakin meningkat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin bertambah hingga mencecah tahap tidak sihat.

Pulangkan semula jerebu ke Indonesia

Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Indonesia bukanlah punca kepada masalah jerebu.

Kenyataan daripada menteri itu telah mengundang rasa tidak puas hati rakyat Malaysia. Disebabkan itu, sepasang anak-beranak ini telah memuat naik video meniup semula jerebu ke arah Indonesia menggunakan kipas mainan anak perempuannya.

Alahai, comelnya!

 

Faizal atau lebih dikenali sebagai Ijai telah berkongsi rakaman video ini di laman media sosialnya dengan bertujuan untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak perempuannya itu.

Video yang berdurasi 34 saat itu telah menarik perhatian ramai sehingga telah tular di laman sosial.

Blow the haze!

Dalam video berdurasi 34 minit itu memaparkan, dia dan anaknya memakai alat perlindungan sebelum memulakan misi mereka. Ijai telah menggunakan topeng klasik N95 manakala anaknya memakai topeng karakter Stormtrooper dalam Star War.

Mereka juga telah merujuk kepada peta Malaysia-Indonesia bagi memastikan misi mereka berjalan dengan lancar.

Rata-rata netizen memuji pendekatan yang dilakukan lelaki ini dan anaknya, kerana ia juga dilihat sebagaiĀ  salah satu usaha bagi mengurangkan jerebu di Malaysia.

Sumber: Twitter

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending