Connect with us

WTF

Tak Mampu Beli Susu, Bayi Diberi Minum Lima Gelas Kopi Sehari

Gara-gara ibu bapanya tidak mampu untuk membeli susu, seorang bayi berusia 14 bulan terpaksa minum kopi bagi mengisi perut yang kelaparan.

Lebih mengejutkan apabila bayi tersebut, Hadijah Haura yang berasal dari Kabupaten Polewali Mandar, Sulawesi Barat telah diberi minum kopi hampir setiap hari sejak berusia enam bulan.

Ibu kepada bayi tersebut, Anita mengakui bahawa dia terpaksa melakukan tindakan seperti itu akibat mengalami kesempitan hidup.

 

Kebiasannya, bayi itu akan diberi minum sebanyak 1.5 liter kopi atau bersamaan dengan lima gelas pada setiap hari.

Setelah lapan bulan menjalani rutin berkenaan, Hadijah akan menangis dan tidak dapat tidur sekiranya tanpa minum kopi.

Namun ajaibnya, setakat ini bayi tersebut tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun kopi mempunyai bahan kafein.

Sumber : Tribun News

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending