Connect with us

Inspirasi

Tak Lupa Nafkah, Lelaki Tetap Ke Rumah Bekas Isteri Hadiahkan Anak Basikal Baru

Jika ibu bapa sudah berpisah, ia bukan bermakna hubungan anak-anak juga terpisah sama. Ramai yang ambil mudah dengan perkara tersebut lebih-lebih lagi berkaitan nafkah serta tanggungjawab apabila sudah membawa haluan masing-masing.

Dalam perkongsian yang tular di media sosial, satu akaun TikTok dari Indonesia dikenali sebagai @sittogendenk telah memuat naik hubungan baiknya dengan bekas isteri demi memastikan anaknya tidak berasa kekurangan kasih sayang.

Buat kejutan untuk anak tersayang

Menerusi video tersebut, lelaki itu telah membuat kejutan kepada anaknya dengan datang ke rumah bekas isteri untuk memberikan hadiah sebuah basikal yang sangat diinginkan sang anak.

@sittogendenk

♬ Kamu – Kamulah Surgaku – The Rock

Pura-pura tak tak cukup duit nak beli

Menerusi video itu lagi, @sittogendenk memaklumkan pada awalnya dia berpura-pura datang menemui anak tersayang tanpa membawa apa-apa dan apabila ditanya, dia cuma menjawab belum cukup duit untuk membelikannya.

Namun, sebelum bergerak pulang, dia telah membawa keluar basikal yang diminta anaknya dan terlihat mereka begitu gembira.

Ni baru betul bapa yang bertanggungjawab

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata berasa sebak melihat situasi berkenaan. Mereka juga memuji tindakan pengguna TikTok berkenaan yang masih menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah dengan bekas isteri.

Disamping itu, ada juga pernah merasai perkara sama dan berkongsi cerita di ruangan komen.

Terima kasih kerana fikir yang terbaik buat anak

Anak2 memang segalanya

Ada juga alami perkara yang sama

Sumber: TikTok @sittogendenk

 

Continue Reading
Advertisement

Trending