Connect with us

WTF

Tak Endah Arahan, Rakyat Malaysia Masih ‘Tenang’ Pulang Ke Kampung & Melancong?

Ekoran dengan perintah kawalan pergerakan yang bakal berlaku bermula 18 Mac 2020 (Rabu), antara pesanan Pasukan Petugas COVID-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia adalah untuk tidak pulang ke kampung dan kekal di kawansan masing-masing. Lebih tepat lagi kurangkan perjalanan ke mana-mana tempat.

Menurut Astro Awani, Dr Adeeba berkata kemungkinan ramai kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan Covid-19 ini.

Bagaikan boleh membaca minda rakyat Malaysia, ramalan yang dibuat oleh Dr Adeeba ini amat tepat sekali. Di Twitter mula tular berapa keping gambar yang di dakwa, ramai rakyat Malaysia kini berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Malah turut juga dapat dilihat segelintir individu yang bengang dengan tindakan sesetanga golongan yang dilihat tidak mengendahkan arahan dan saranan oleh pihak berkuasa ini.

 

Setiap arahan dan tindakan itu, pastinya mempunyai kesan terhadap permasalahan yang sedang melanda negara ketika ini.

Turut juga dikatakan bahawa berkemungkinan, sebahagian daripada golongan tersebut merupakan pelajar IPT, kerana kampus dan kolej mereka di tutup dan sememangnya perlu pulang ke rumah.

Tetapi, turut juga dilihat segelintir masyarakat dikatakan syok melancong ketika ini terutamanya di Langkawi ketika ini.

Diharapkan dan diminta agar rakyat Malaysia sentiasa mendengar arahan serta saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Jangan ambil mudah dan pandang remeh terhadap perkara yang jadi ketika ini.

Sumber: Twitter, Astro Awani.

Continue Reading
Advertisement

Trending