Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Risiko Jangkitan Kuman, Faisal Halim Dijangka Ambil Masa Lama Untuk Sembuh

Pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim dijangka memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh sepenuhnya memandangkan dia mempunyai risiko terhadap komplikasi jangkitan kuman kesan daripada disimbah asid, kelmarin.

Menerusi laporan Harian Metro, Pakar Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim memaklumkan bahawa penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan penyerang Harimau Malaya itu tidak dapat diberikan kerana beliau tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung perubatan Faisal.

Foto: Berita Harian

Walaupun begitu, beliau menyatakan risiko jangkitan kuman yang bakal dihadapi oleh Faisal merupakan kebimbangan utama jika lapisan kulit pemain kelahiran Pulau Pinang ini semakin menipis sekali gus mendatangkan kesan serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kelecuran tahap empat yang dialami pemain berusia 26 tahun ini memerlukan jangka masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya serta kembali beraksi di atas padang.

“Jangkitan kuman itu juga boleh memberi kesan dalam jangka masa panjang dan itu sebenarnya akan mempengaruhi prestasi dia selepas ini,” katanya kepada media.

Selain menyatakan bahawa tempoh kesembuhan adalah bergantung kepada tahap kecederaan yang dihadapi oleh Faisal, Munawwar juga yakin atlet tersebut memiliki sistem imun yang baik sekali gus mampu mempercepatkan proses penyembuhannya.

“Dengan penjagaan yang rapi dengan pasukan perubatan ini (Selangor FC) saya rasa insya-Allah dia akan kembali dan pulih seperti yang dirancang,” ujarnya.

Foto: IG Faisal Halim

Tambahnya lagi, meskipun kecederaan itu akan memberi kesan kepada emosi dan psikologi, namun Faisal yang disifatkan sebagai seorang atlet berprestasi tinggi ini masih memiliki peluang untuk kembali beraksi dengan adanya sokongan di sekeliling termasuk pegawai dari kelab Selangor FC.

“Apa-apa kecederaan sekalipun memang akan ada kesan emosi dan psikologi dia tetapi saya yakin atlet high performance seperti Faisal Halim, mempunyai semangat daya juang yang tinggi untuk kembali sembuh.
“Saya yakin Faisal Halim ada semangat juang yang tinggi dan peluang untuk kembali ke tahap permainan yang tinggi itu memang ada dengan adanya sokongan kuat dari keluarga dan pasukan perubatan, kawan-kawan serta pegawai dari Selangor FC,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Amirul Fazli Zulkafli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd