Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tidak Bayar Tambang Bas, Punca Perselisihan Faham Antara Penumpang Dan Pemandu

Insiden perselisihan faham yang tular di laman sosial baru-baru ini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana tidak membayar tambang membabitkan seorang wanita dan pemandu bas.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian membabitkan sebuah bas henti-henti bandar raya ini, berlaku pagi Khamis lalu.

Foto: Berita Harian

“Seorang wanita tempatan berusia 31 tahun telah tampil membuat laporan polis pada hari yang sama menyatakan telah dimarahi individu yang merupakan pemandu bas yang dinaikinya.
“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana mangsa tidak membayar tambang bas sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, setelah meneliti punca permasalahan, kes telah disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi terus IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” ujarnya lagi.

Terdahulu,  tular video berdurasi 49 saat di media sosial memaparkan seorang wanita berselisih faham dengan pemandu bas di kawasan Johor Bahru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tersebut telah mendapat sebanyak 801,000 tontonan, 144 komen dan 634 retweet sejak dimuat naik pada 5 Mei lalu di aplikasi X.

Sumber: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan, X @udate11111

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd