Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Seminar Keselamatan Antarabangsa Usul Peluang & Cabaran Pertingkat Keselamatan Negara – MINDEF

Seminar Keselamatan Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bertujuan untuk memberi peluang dan cabaran dalam mempertingkatkan keselamatan negara.

Menerusi satu kenyataan, seminar yang didahului dengan ucapan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu telah berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition (MITEC), Kuala Kumpur, hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by Kementerian Pertahanan (@mindefmalaysia)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil kerjasama Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2024, “Enhancing National Security through Good Governance and Credible Partnership: Opportunities and Challenges” merupakan topik yang diusulkan dalam seminar berkenaan.

“Program yang diadakan untuk menyentuh strategi Malaysia dalam memperkukuhkan infrastruktur keselamatan negara dan kerjasama antarabangsa ini adalah bersempena Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia 2024 ,” kata MINDEF.

MINDEF berkata, selain memberi penekanan terhadap peranan penting tadbir urus yang baik serta perkongsian antarabangsa dalam memperkukuhkan daya tahan dan kestabilan negara, seminar ini turut mengetengahkan langkah untuk menangani dinamik landskap keselamatan negara dan global.

“Ia juga mengetengahkan perkongsian antarabangsa dalam memperkukuhkan daya tahan dan kestabilan negara.
“Seminar ini juga merintis usaha semua peringkat kerajaan, sektor swasta dan masyarakat dalam mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam seperti banjir yang lazimnya berlaku di Malaysia,” ujarnya.

Malah, MINDEF menjelaskan bahawa landskap keselamatan global yang semakin berkembang, merapatkan tadbir urus yang baik dengan perkongsian yang boleh dipercayai merupakan strategi yang kritikal.

“Peralihan daripada pandangan keselamatan yang berpaksikan kenegaraan kepada pendekatan berorientasikan rakyat menggambarkan cabaran hari ini, di mana faktor dalaman dan luaran secara berterusan membentuk semula ancaman kepada kedaulatan, kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Adalah penting untuk memberi kesedaran bahawa tiada negara boleh mencapai objektif keselamatannya secara bersendirian,” katanya.

Selain itu, seminar ini turut menitikberatkan hubungan kritikal antara tadbir urus, keselamatan dan perkongsian, serta menjelaskan bagaimana elemen ini secara kolektif menyumbang kepada persekitaran global yang lebih selamat dan stabil.

Foto: The Star

Menteri Pertahanan United Kingdom, Yang Berhormat Lord Timothy Minto, telah menjadi pembentang utama bagi seminar ini diikuti Profesor Ruhanas Harun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Profesor Dr Hideshi Tokuchi, Presiden Research Institute for Peace and Security (RIPS), Jepun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara jemputan yang turut serta dalam seminar ini adalah wakil-wakil kedutaan seperti Panglima-panglima Perkhidmatan ATM, Panglima Angkatan Tentera Negara Brunei, Defence Attache serta penuntut Maktab Ketahanan Nasional, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera serta penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd