Connect with us

WOW

Susah Nak Berjalan, Lelaki Hilangkan 81kg Dalam Masa Setahun Buat Ramai Kagum!

Apabila bercakap soal diet, ia memerlukan semangat dan kesungguhan yang luar biasa demi menurunkan berat badan. Kalau sekadar ‘hangat hangat tahi ayam’ sahaja, memang susah mahu mendapatkan bentuk badan idaman!

Sejak kecil lagi, seorang pemuda dari Bangkok, Thailand ini mempunyai masalah obesiti sehingga menyukarkan dirinya dalam menjalani kehidupan seharian.

Pemuda tersebut, Nes Chetragull yang sebelum ini memiliki berat 156 kilogram (kg) mengakui sukar untuk melelapkan mata selain sering terjatuh ketika berjalan.

Bosan dengan keadaan tersebut, dia nekad meletakkan sasaran bagi menyelesaikan masalah berat badan yang dihadapinya sehingga mengalami perubahan luar biasa dalam masa setahun iaitu bermula Ogos 2019 sehingga Julai 2020.

Menerusi perkongsian di Facebook group ‘kecergasan badan’ pada Ahad lalu, Nes berkongsi gambar dirinya sedang berdiri di dalam sebelah kaki seluar jeans lamanya.

“Saya ingin berkongsi pengalaman menurunkan berat badan dari 156 kg sehingga menjadi 75 kg dalam tempoh setahun,” tulisnya dalam group berkenaan.

Bercerita lebih lanjut, dia terpaksa berkorban ‘kenikmatan’ untuk seketika apabila tidak mengambil makanan ringan atau bergoreng, ‘jajan’ yang mempunyai kandungan gula tinggi, pencuci mulut tradisional Thailand serta teh susu.

Sebaliknya, dia bertukar pemilihan makanan kepada yang lebih berkhasiat dan bernutrisi tinggi seperti gambar sarapan pagi dikongsinya baru-baru ini.

Selain itu, Nes juga melakukan senaman dengan berjalan selama satu atau dua jam sehari selain berbasikal bagi menguatkan stamina dan kesihatan.

Sumber: Facebook group & Nes Chedtragull

Continue Reading
Advertisement

Trending