Connect with us

WTF

Suami Izinkan Isterinya Peluk Bekas Teman Lelaki Buat Kali Terakhir Di Hari Pernikahan

Bayangkan, kalau bekas kekasih suami atau isteri memunculkan diri sewaktu hari bahagia korang, pasti akan timbul perasaan kurang senang terhadap individu terbabit, kan?

Hah! Tetapi lain pula yang berlaku bagi pasangan pengantin yang berasal dari Indonesia ini. Perkongsian berbentuk video tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok oleh @mayangkumay.

Dalam video tersebut, Mayang dilihat memeluk erat bekas teman lelaki yang hadir di majlis pernikahannya mengenakan baju berwarna putih. Bagaimanapun, dia sempat meminta izin dahulu kepada si suami yang berada di sebelahnya sebelum memeluk lelaki itu.

https://www.tiktok.com/@mayangkumay/video/6918578947106114818?lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=6906418607397848577&is_from_webapp=v2

Siapa sangka, si suami menganggukkan kepala sebagai tanda memberi izin kepada isterinya. Sudah dapat ‘lampu hijau’ daripada suami, apa lagi, wanita itu dengan pantas dan bahagianya memeluk erat bekas teman lelakinya.

Selepas itu, boleh pula dengan selambanya lelaki berkenaan bersalaman dengan si suami dan memberi ucapan tahniah, macam tiada apa yang berlaku. Aduhai!

https://www.tiktok.com/@mayangkumay/video/6919388412373929217?lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=6906418607397848577&is_from_webapp=v2

“Insecure dengan suami. Minta izin peluk bekas kekasih untuk yang terakhir kalinya,” tulisnya di dalam video.

Video terbabit menjadi tular di serata laman sosial dan telah ditonton ribuan kali oleh warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam perbuatan si isteri yang tanpa segan silu memeluk lelaki lain di majlis pernikahannya.

Si suami berhak dapat perempuan yang lebih baik

Peluk bukan mahram pulak tu!

Minta maaf lah pada suami

Sakit hati melihatnya, apalagi suaminya

Si suami itu pun, tidak mungkinlah tiada perasaan marah bila tengok isteri peluk lelaki lain dengan penuh kasih-sayang macam itu. Macam-macam betul ragam manusia zaman sekarang!

Sumber: TikTok @mayangkumay

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending