Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

ST Beri Penekanan Terhadap Pelaksanaan APG Sebagai Agenda Utama AERN

Suruhanjaya Tenaga (ST) selaku Pengerusi ASEAN Energy Regulator Network (AERN) telah mempengerusikan mesyuarat bersama Badan-badan Kawal Selia di dalam ASEAN ke-15 atau Fifteenth ASEAN Energy Regulator Network (15th AERN).

Menerusi satu kenyataan media, ST telah memberi penekanan terhadap pelaksanaan ASEAN Power Grid (APG) sebagai agenda utama AERN.

Ini kerana APG merupakan antara faktor kejayaan utama bagi pelaksanaan peralihan tenaga di kalangan negara-negara ASEAN yang sedang menjadi keutamaan ketika ini.

Susulan daripada itu, Malaysia telah diberikan tanggungjawab untuk mempengerusikan AERN bagi tempoh dua tahun bermula 2024 hingga 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Suruhanjaya Tenaga

“Mesyuarat 15th AERN ini telah diadakan sepanjang tempoh tiga hari iaitu daripada 28 hingga 30 Mei 2024 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN dalam bidang pengawalseliaan tenaga dan membangunkan kerangka kerja bagi pelaksanaan APG.
“Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan perkembangan dan pelan tindakan untuk pasca-2025 dalam ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC).
“Ia juga untuk meningkatkan kerjasama dengan rakan dialog dan organisasi antarabangsa mengenai projek dan inisiatif yang berkaitan dengan tenaga,” kata ST dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Foursquare

Dalam pada itu, AERN – ESCAP – IEA/RETA Workshop on ASEAN Power Grid/Multilateral Power Trade (APG/MPT) Regulation dan AERN – Australia Workshop on Renewable Energy Regulation turut dilaksanakan.

Untuk makluman lanjut berkenaan perkara ini, sila layari laman sesawang ST di www.st.gov.my atau hubungi talian 03-8870 8500.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd