Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Cemburu? Lelaki Maut Ditikam, Suspek Diburu Polis

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 5.49 pagi.

“Hasıl siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki Melayu warga tempatan berusia 29 tahun, dipercayai mengalami kecederaan akibat ditikam semasa berlaku pergaduhan dengan seorang lelaki Melayu yang telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik tempatan untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik tempatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” ujarnya.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian menggunakan sebuah kereta Proton Wira Sedan berwarna hitam bernombor pendaftaran WGX 3707.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek telah melarikan diri selepas kejadian dengan menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Wira Sedan berwarna hitam bernombor pendaftaran WGX 3707,” maklum Hafezul.

Katanya, polis kini sedang giat mengesan suspek dan menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis sedang giat mengesan suspek dan menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Foto: Threads @kunyit1984

Difahamkan, motif kejadian dipercayai akibat perasaan cemburu.

Foto: Threads @kunyit1984

Foto: Threads @kunyit1984

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan suspek diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Murugan a/l Suppiah di talian 012-6992784 atau Insp. Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267, atau menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Sumber: Facebook Polis Daerah Perak Tengah

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd