Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dalam Tempoh Lima Bulan, Hospital Melaka Rekod 40 Kelahiran Bayi Rohingya – EXCO

Sebanyak 40 kelahiran bayi etnik Rohingya direkodkan di Hospital Melaka dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem.

Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 55 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang menerima rawatan di hospital berkenaan dalam tempoh sama, melibatkan pelbagai jenis kes termasuk kelahiran dan rawatan lain.

“Jumlah kes bersalin di Hospital Melaka bagi tahun ini setakat Mei lalu adalah 40 kes manakala 15 lagi adalah lain-lain kes.
“Dalam tempoh lima bulan tahun ini, jumlah keseluruhan pesakit Rohingya yang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka saja adalah seramai 55 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, data berkenaan hanya melibatkan pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya yang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka sepanjang tempoh tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas statistik rawatan melibatkan pemegang kad UNHCR di Hospital Melaka susulan kebimbangan segelintir pihak mengenai kehadiran warga Rohingya di fasiliti kesihatan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mendakwa terdapat aduan mengenai sikap segelintir warga Rohingya yang didakwa kurang sopan ketika mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Artikel lain: Rohingya Tinggal Berselerak Di Selangor, Polis Akui Bimbang Aspek Jenayah

Menurutnya, ada antara mereka didakwa enggan mematuhi prosedur ditetapkan selain mendesak untuk diberikan rawatan segera sehingga menyukarkan tugas petugas kesihatan.

“Contohnya rawatan ibu mengandung, atas dasar kemanusiaan kita tetap beri perkhidmatan, tetapi kadang-kadang adab dan tata susila itu tidak ada sehingga menyebabkan petugas yang sudah penat berasa kurang selesa serta menimbulkan pertelingkahan.
“Ada juga yang mendakwa tidak mempunyai wang untuk membayar kos rawatan sedangkan hakikatnya berbeza,”katanya lagi.

Sumber: Harian Metro (Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd