Inspirasi
Sakit Urat Gara2 Selamatkan Kucing Dalam Longkang, Tiga Pemuda Raih Pujian Ramai

Baru-baru ini, tindakan berani tiga pemuda melakukan aksi berbahaya demi menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh di dalam longkang berjaya menarik perhatian warganet.
Ambil risiko
Melalui perkongsian yang dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Faizal di laman Facebook, mereka bekerjasama untuk menyelamatkan kucing berkenaan di dalam longkang besar.
Dua daripada mereka bertindak memegang kaki seorang lagi rakan yang bertindak menjunamkan kepala ke dalam longkang untuk menggapai dan menarik keluar kucing tersebut.
“Lepas siap makan kami lintas jalan nak pergi dekat bengkel kereta ternampak kucing ni. Mungkin dia jatuh kot..takkan orang buang kan..nak naik tak boleh sebab longkang dalam dan besar..Tak cakap banyak dah takkan kan kita nk tengok saja,” tulisnya.
Sakit urat
Lebih mencuit hati apabila rakannya mengadu sakit belakang selepas menyelamatkan si comel itu selepas melakukan aksi yang agak ekstrem.
Bagaimanapun, mereka tetap berpuas hati kerana telah berjaya menyelamatkan kucing berkenaan walaupun terpaksa mengambil risiko dalam situasi tersebut.
“Bersama-sama dengan hero kita yang baju putih tu SirAmru Akib dan Ridzuan. Dia dulu yang kalut nak turun. Habis sakit urat dia kata tapi takpa dia kata dia puas hati boleh tolong kucing tu,” katanya.
Alhamdulillah.. terbaik!
Posting tersebut mendapat lebih 1,000 perkongsian selain rata-rata netizen memuji sifat murni tiga sahabat itu yang sanggup berdepan risiko demi seekor kucing.
Hero tapi lawak
Semoga Allah kurniakan kebaikan
Respek betul dengan tiga sahabat ini yang tidak berkira untuk berbuat baik dengan haiwan. Korang memang selayaknya digelar hero!
Sumber: Faizal

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit