Infozon
Rakyat Perancis Kini Dilaporkan Bebas Keluar Rumah Tanpa Pelitup Muka

Sejak pandemik Covid-19 melanda, sudah menjadi amalan bagi memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan penularan jangkitan wabak berkenaan.
Tapi nampaknya Perancis sudah berjaya mengikut jejak langkah negara seperti Brunei dan sebahagian lokasi di Australia apabila dilaporkan bebas untuk tidak memakai pelitup muka sejak kelmarin.
Menurut laporan Reuters, Perdana Menteri Perancis Jean Castex mengumumkan perkara tersebut pada Rabu, memetik nasihat daripada pakar kesihatan awam selain penurunan jumlah pesakit positif Covid-19 di hospital.
Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan seperti di tempat kerja, kedai, pengangkutan awam, stadium atau lokasi yang sesak dengan orang ramai.
Memetik laporan france24.com pula, Castex turut dilaporkan akan menamatkan perintah berkurung waktu malam yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu, mulai esok 20 Jun iaitu 10 hari lebih awal dari yang dirancang.
Keputusan itu diambil kira selepas Perancis mencatatkan jangkitan harian sebanyak 3,200 kes pada Selasa, iaitu bawah had maksimum 5,000 kes sehari seperti ditetapkan oleh Presiden Emmanuel Macron pada hujung tahun lalu.
Menerusi laporan media tempatan sinarplus, Perancis telah menyasarkan seramai 35 juta penduduk bakal menerima suntikan vaksin penuh pada Ogos nanti.
Sumber: Reuters , france24.com , sinarplus

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit