Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Lubnan Secara Sukarela – Wisma Putra

Rakyat Malaysia yang sedang berada di Lubnan dinasihat untuk membuat persiapan segera untuk tinggalkan negara itu secara sukarela berikutan keadaan yang semakin meruncing.

Memetik laporan Bernama, Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan warganegara Malaysia juga diminta menangguhkan semua perjalanan ke Lubnan sehingga keadaan negara itu kembali stabil.

Rakyat Malaysia dinasihat tinggalkan Lubnan secara sukarela

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Lubnan

Foto: Kementerian Luar Negeri

Menurut Kementerian Luar, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Beirut di Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Republik Lubnan atau melalui nombor telefon: +961 7677 2527, +961 7138 0063 serta e-mel [email protected].

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Kementerian Luar berkata Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara rejim Zionis Israel di Lubnan baru-baru ini yang telah mengakibatkan lebih 500 kematian dan mencederakan lebih 1,600 orang.

“Serangan ini telah menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata pencerobohan itu tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa kerana ia melanggar integriti wilayah dan kedaulatan Lubnan.

Foto: Sinar Harian

Kementerian itu berkata operasi ketenteraan unilateral bukan sahaja akan meningkatkan lagi ketegangan di Lubnan dan serantau, tetapi ia juga menimbulkan risiko besar kepada negara jiran serta masyarakat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tindakan rejim Zionis Israel memperluaskan operasi ketenteraannya ke Lubnan dan pada masa yang sama meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza di hadapan mata masyarakat antarabangsa sama sekali tidak dapat diterima.
“Pengabaian secara terang-terangan terhadap nyawa manusia dan norma antarabangsa ini tidak boleh diterima dan tindakan tegas perlu diambil,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Malaysia menyeru Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengambil tindakan segera dan tegas dalam menghentikan serangan kejam yang sedang berlaku di Palestin dan Lubnan bagi melindungi orang awam.

Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata adalah penting bagi masyarakat antarabangsa perlu bertindak secara bersama dengan segera.

“Malaysia menggesa UNSC melaksanakan tanggungjawab berlandaskan piagamnya bagi menamatkan kitaran keganasan ini.
“Pendekatan diplomatik dan komitmen terhadap dialog adalah penting dalam memastikan keamanan yang berkekalan di rantau ini,” kata kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd