Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Mengaku ‘Cintakan Inflasi’ Saat Kos Sara Hidup Meningkat

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian apabila menyatakan beliau “suka inflasi” ketika rakyat negara itu berdepan peningkatan kos sara hidup susulan kenaikan harga barangan dan tenaga.

Kadar meningkat 3.8 peratus pada April

Kenyataan itu dibuat selepas data terbaru Biro Statistik Buruh (BLS) menunjukkan kadar inflasi AS meningkat kepada 4.2 peratus pada Mei berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus menjadi peningkatan terpantas dalam tempoh tiga tahun.

Kadar tersebut meningkat daripada 3.8 peratus pada April dan didorong terutamanya oleh kenaikan kos tenaga susulan konflik melibatkan AS dan Israel dengan Iran.

“Saya sukakannya. Angka ini sangat baik. Anda tahu apa yang saya benar-benar suka? Saya suka inflasi,” ujarnya.

Trump turut mendakwa operasi ketenteraan waktu malam yang dijalankan AS berjaya mengurangkan tekanan terhadap harga minyak selepas puluhan kapal yang membawa jutaan tong minyak dari Iran ditahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, harga minyak mentah Brent masih kekal jauh lebih tinggi berbanding paras sebelum tercetusnya konflik tersebut.

Inflasi meningkat tiga bulan berturut-turut

Data terkini menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI) AS meningkat untuk bulan ketiga berturut-turut, dengan isi rumah semakin merasai kesan kenaikan kos akibat ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Sebelum ini, Trump berpendapat peningkatan inflasi hanya bersifat sementara dan menjangkakan keadaan akan kembali stabil sebaik konflik berakhir.

Kenaikan inflasi itu turut meningkatkan kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah bagi mengawal perbelanjaan pengguna dan mengekang kenaikan harga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kali terakhir AS merekodkan kadar inflasi yang lebih tinggi adalah pada April 2023 ketika negara itu berdepan kesan kenaikan harga tenaga susulan perang Russia-Ukraine.

Harga petrol dan tenaga terus meningkat

Menurut data terkini, kos tenaga termasuk gas dan elektrik meningkat hampir satu perempat berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan petrol menjadi penyumbang utama kepada kenaikan tersebut.

Data Persatuan Automobil Amerika (AAA) pula menunjukkan harga purata petrol biasa di AS kini mencecah AS$4.15 segelen, meningkat ketara berbanding AS$2.98 pada akhir Februari lalu.

Dalam masa sama, Iran dilaporkan menutup Selat Hormuz yang merupakan laluan penting bagi kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas dunia, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain tenaga, kos tiket penerbangan, penjagaan kesihatan, rekreasi dan perkhidmatan komunikasi turut mencatatkan peningkatan.

Cabaran buat Trump dan Fed

Kenaikan inflasi terbaru itu dilihat menambah tekanan kepada pentadbiran Trump menjelang pilihan raya separuh penggal pada November, terutama selepas beliau sebelum ini berjanji untuk menurunkan inflasi dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Walaupun begitu, Trump tetap optimis harga akan kembali turun selepas konflik dengan Iran berakhir.

“Apabila konflik ini berakhir… anda akan melihat harga minyak kembali ke paras sebelum ini,” katanya kepada wartawan di White House.

Beliau turut mendakwa pernah melihat harga petrol dijual pada kadar AS$1.85 segelen ketika lawatannya ke Iowa pada awal tahun ini dan yakin harga tersebut boleh dicapai semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan berkaitan, peningkatan inflasi turut menjadi cabaran kepada Gabenor baharu Fed, Kevin Warsh yang bakal membuat keputusan kadar faedah pertamanya minggu depan.

Pakar ekonomi menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah antara 3.5 hingga 3.75 peratus buat masa ini, namun tidak menolak kemungkinan kenaikan pada masa hadapan sekiranya tekanan inflasi terus berlarutan.

Sumber: Agensi 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd