Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tetak Bapa, Bakar Kereta Dan Motosikal, Pembantu Kedai Mengaku Bersalah

Seorang pembantu kedai hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan, iaitu menetak bapanya menggunakan parang serta membakar sebuah kereta dan motosikal, yang berlaku pada minggu lalu.

Anak mengaku bersalah

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh, Wan Saiful Wan Animebusu, 24, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap bapanya, Wan Animebusu Wan Yusoff, 59, dengan menggunakan senjata tajam iaitu sebilah parang.

Kesalahan itu berlaku di Kampung Wakaf, Pasir Puteh, di sini pada jam 6.30 petang, 1 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 26A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki berkenaan turut didakwa melakukan khianat dengan api menggunakan petrol dengan niat menyebabkan kemusnahan, apabila membakar sebuah kereta jenis Proton Satria Neo dan motosikal Honda C70 hingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM7,000 kepada pemilik.

Perbuatan itu turut dilakukan di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Jiran Ditahan Polis! Warga Emas 70 Tahun Maut Dikelar, Ditetak

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan tarikh lain untuk prosiding penyerahan barang kes serta jatuh hukum. Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun ini untuk prosiding berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd