Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengguna TikTok Mohon Maaf Fitnah Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Anarchy7Sky tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan fitnah mengaitkan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) ‘menyimpan’ pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang dalam tempoh dua minggu.

Menerusi satu rakaman video, lelaki tersebut mengakui kenyataan yang dibuat ketika sesi siaran langsungnya telah menimbulkan prejudis serta syak wasangka terhadap komuniti Orang Asli dan pihak lain yang terlibat.

Dia berkata, apa yang berlaku tidak seperti yang dimaksudkan dan bukan bertujuan untuk menyebarkan fitnah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya dengan rasa rendah diri mohon maaf sekiranya ia telah mengguris hati dan perasaan mana-mana komuniti atau individu sama ada secara langsung atau tidak,” katanya.
“Apa yang berlaku tidaklah seperti yang saya maksudkan, apa yang berlaku tidak seperti yang saya ingin sampaikan dan ianya bukanlah fitnah seperti yang tersebar,” katanya pada Selasa.

Menerusi siaran langsung itu, dia menuduh Tok Batin KOA Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah menyembunyikan Jaslinda dan sekiranya perkara terbabit tidak tular, berkemungkinan tok batin akan berkahwin dengan wanita berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Anarchy7Sky menjelaskan, kenyataan yang tular itu dibuat ketika dia sedang berinteraksi dengan penonton dalam sesi siaran langsung dan disifatkan sebagai gurauan serta usikan bersama netizen.

“Ianya hanya gurauan dan usikan saya bersama dengan netizen ketika saya sedang membuat live streaming,” ujarnya.

Dia turut mengakui kesilapan yang berlaku serta berharap permohonan maaf terbuka itu dapat diterima oleh semua pihak yang terkesan.

Pada masa sama, dia menegaskan tidak pernah berniat menghina mana-mana individu atau komuniti serta menjelaskan sebahagian kenyataan yang disebut ketika siaran langsung itu adalah berdasarkan komen yang dibacanya daripada ruangan sembang.

“Semua itu berlaku dengan kesilapan saya dan saya mohon permohonan maaf saya terbuka ini diterima daripada semua pihak.
“Tidak ada niat untuk saya menghina ataupun melibatkan mana-mana individu. Ada beberapa perkataan yang keluar itu hanya bacaan komen saya,” katanya.

Anarchy7Sky berkata, dia tetap menghormati semua pihak yang terlibat dan berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apapun saya tetap menghormati pihak-pihak yang terlibat. Semoga benda ini dapat diselesaikan dengan baik,” jelasnya lagi.

Semalam, seramai kira-kira 50 tok batin dan wakil komuniti Orang Asli dari Batang Padang, Muallim serta Kinta tampil membuat laporan polis bagi mengecam dakwaan tidak berasas dan fitnah terhadap Mohd Asmmadi.

Sumber: TikTok jokerspillthetea77

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Lokal

Seorang ibu muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan selepas dipercayai mencampak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd