Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Minggu Sesat Dalam Hutan, Jaslinda Dedah Tiada Gangguan Atau Unsur Mistik

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami sebarang gangguan mistik atau kejadian luar biasa sepanjang berada di dalam hutan.

Tiada gangguan mistik

Memetik laporan daripada Sinar Harian,  Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi memaklumkan perkara tersebut dinyatakan Jaslina sewaktu beliau  bersama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan melawatnya di Hospital Tapah pada Isnin.

Menurut Mohd Azlan, Jaslinda berada dalam keadaan sihat, ceria dan menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif selepas diselamatkan.

“Beliau berkongsi bahawa sepanjang berada di dalam hutan tidak ada gangguan mistik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.
“Beliau hanya bergantung kepada sumber air untuk terus hidup dan tidur dalam keadaan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya selepas lawatan tersebut.

Tiup wisel temui nota

Beliau berkata, Jaslinda turut mendedahkan bahawa dirinya membawa wisel sepanjang berada di dalam hutan dan sering meniupnya bagi menarik perhatian pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, wanita itu juga mendengar bunyi helikopter yang terlibat dalam operasi pencarian namun tidak dapat melihatnya kerana keadaan hutan yang terlalu tebal.

“Beliau ada menemui nota yang ditinggalkan pasukan SAR, namun pada ketika itu beliau berada di laluan berbeza daripada lokasi pencarian pasukan terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Azlan turut menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Jaslinda meneruskan hidup dengan memakan cendawan yang ditemui di dalam hutan.

Beliau berkata, Jaslinda hanya mengutip cendawan untuk dibawa pulang namun tidak memakannya selepas dimaklumkan oleh Orang Asli bahawa cendawan tersebut beracun.

Selain itu, beliau menjelaskan botol air dan beberapa barangan makanan yang dikaitkan dengan Jaslinda menerusi hantaran di media sosial bukan milik wanita berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebenarnya beliau tidak makan cendawan itu. Malah beliau mengakui tidak makan selama beberapa hari ketika berada dalam hutan.
“Beliau memaklumkan semua barang peribadinya masih berada bersama beliau sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan pemberian insentif kepada pasukan SAR termasuk komuniti Orang Asli yang membantu operasi pencarian, Mohd Azlan berkata perkara itu masih belum dibincangkan dan mungkin akan dibawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu ini.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd