Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Direman Empat Hari

Penunggang motosikal yang ditahan selepas dipercayai menetak seorang penunggang lain di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, pagi semalam direman selama empat hari bagi membantu siasatan, lapor Buletin TV3.

Foto: Media sosial

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, lelaki tempatan berusia 43 tahun itu ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

“Suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut manakala mangsa lelaki tempatan berusia 45 tahun masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal cedera selepas dipercayai ditetak oleh penunggang lain di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13, awal pagi semalam.

Foto: Media sosial

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang leher, lengan dan tangan.

Sarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 8.19 pagi berhubung kejadian tersebut.

Foto: Media sosial

Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa berusia 45 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

“Ketika melalui laluan berkenaan, mangsa membunyikan hon kepada seorang penunggang motosikal lain kerana dipercayai menghalang laluannya.
“Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan suspek tidak berpuas hati sebelum memberhentikan motosikal di tepi jalan dan bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong daging,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3 (Norzamira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd