Connect with us

WOW

Rajin Buat Kerja Rumah, Kanak2 Down Syndrome Gigih Lipat Baju Bantu Keluarga

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengangkat longgokan baju sendirian.

Difahamkan lagi, kanak-kanak bernama Fata itu mengangkat longgokan baju tersebut kerana ingin membantu melipat baju milik abangnya.

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh akaun Instagram @insta_julid, kelihatan Fata sedang melipat baju secara sukarela di atas tilam.

Bersungguh-sungguh buat kerja

“Jadi semua baju aku dilipat oleh adik aku. Tanpa aku suruh, memang inisiatif dia sendiri untuk melipat baju aku,” tulis abangnya.

Menurut si abang, adik kesayangannya itu menghidap Down Syndrome. Biarpun begitu, Fata sentiasa menolak bantuan abangnya dan nekad melakukan tugas tersebut sendirian.

“Aku dah cuba bantu dia tapi malah tidak mahu. Kerana kalau aku yang lipat, tak kemas kata adik aku,” tulisnya lagi.

Oleh kerana rasa bersalah, si abang dilihat memberikan makanan kepada adiknya. Malangnya, makanan tersebut sudah basi pula.

Dalam pada itu, si abang sempat lagi berkongsi hasil lipatan baju kanak-kanak istimewa itu yang nampak begitu kemas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesungguhan kanak-kanak tersebut. Malah, ada yang berasa bangga dengan keluarganya yang melayan Fata dengan baik.

Suka tengok keluarga sayang adik tu

Hebatnya kamu dik

Nangis tonton video ni

Pernah jaga orang Down Syndrome, memang rajin

Bangga orang tua dia

Mereka sempurna di mata Allah

Sumber: Instagram @insta_julid

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending