Connect with us

Infozon

Pernah Catat Kes COVID-19 Tertinggi Dunia, Kini Hampir Semua Wilayah Di Itali Zon Putih

Semua wilayah di Itali kecuali Val d’Aosta dilaporkan berada di bawah zon putih (berisiko rendah) pada Isnin ini selepas beberapa kawasaan seperti Basilicata, Calabria, Campania, Marche, Tuscany, Sicily dan Bolzano keluar dari zon kuning.

Semua sekatan dihentikan kecuali memakai pelitup muka

Memetik laporan BERNAMA, kini hampir semua sekatan COVID-19 negara itu telah dihentikan kecuali diwajibkan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

Selain itu, kawasan terkecuali iaitu Val d’Aosta pula dijangka akan bertukar dari zon kuning ke zon putih pada minggu hadapan.

Pernah catat kes tertinggi dunia

Terdahulu, Itali pernah mencatat jumlah kes positif COVID-19 serta angka kematian paling tinggi di dunia dalam tempoh satu hari pada tahun lalu.

Sehingga kini, bilangan penduduk Itali yang telah divaksin adalah seramai 38.2% daripada seluruh populasi di negara tersebut. Difahamkan lagi, Itali menyasarkan sebanyak 539,411 pemberian dos vaksin setiap hari kepada rakyatnya.

Advertisement

Sumber: BERNAMA, graphics.reuters.com

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending