Inspirasi
Pemuda Tiada Rumah Lepas Ibu Meninggal, Pengarah Urusan Tawar Kerja Di Shell

Siapa yang tidak mengenali gerangan Pakcik Shell? Beliau pernah tular selepas menghargai kakitangannya yang bangga memakai baju pekerja Shell ketika mengambil keputusan peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac lalu.
Difahamkan, Pengarah Urusan Shell Malaysia itu sangat dekat dengan golongan muda. Terbaru, pemilik nama Shairan Huzani itu sekali lagi menarik perhatian netizen apabila tampil membantu seorang pemuda gelandangan.
Sedih ada yang tersisih
Menerusi sebuah posting di laman Instagram, beliau berkongsi momen ketika berjumpa Shahril dengan meluangkan masa mendengar kisah pemuda tersebut.
https://www.instagram.com/p/CGBbHx_FaPI/
“Dalam perjalanan balik kerja terserempak dengan seorang adik. Bila pakcik tanya tengah buat apa, dia cakap kumpul barang kitar semula untuk dijual.
“Bila pakcik tanya duduk kat mana, dia tunjuk ke satu sudut dinding bangunan di alas kadbod. Di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tawar pekerjaan dan tempat tinggal
Menurut Pakcik Shell, pemuda berkenaan hilang tempat tinggal selain terpaksa menjadi gelandangan atas desakan hidup selepas kematian ibunya.
Simpati dengan nasib Shahril, beliau kemudiannya terus menawarkan pekerjaan di salah sebuah stesen minyak yang mempunyai asrama.
“Kita doakan Tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak,” katanya.
Posting berkenaan mendapat hampir 20,000 tanda suka dan ratusan komen warganet dimana rata-rata memuji tindakan murni beliau yang tidak lokek membantu golongan susah.
Ni la sebab kenapa kena jadi kaya
Semoga Allah balas kebaikan
Respek pakcik dan Shell
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat mengubah nasib pemuda berkenaan ke arah lebih baik dan mampu menjalani kehidupan seperti orang lain.
Sumber: Instagram

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit