Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Disamun Lelaki Bersenjata Kayu Besbol & Parang Tengah Jalan Sesak

Sejak semalam, tular di media sosial video pemandu sebuah kereta jenis Mercedes disamun lelaki bersenjata kayu besbol & parang tengah jalan sesak.

Pecahkan cermin tingkap bahagian penumpang

Dapat dilihat yang dua orang individu memecahkan cermin tingkap kenderaan terbabit sebelum melarikan barang berharga dari dalam kereta yang dipandu seorang lelaki.

Pemandu disamun lelaki bersenjata baru keluarkan wang di ATM

Susulan daripada itu, memetik kenyataan rasmi dari Polis Daerah Klang Selatan, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah memaklumkan yang kejadian berlaku pada jam 2.50 petang  di Jalan Persiaran Pegaga.

Mangsa yang merupakan ejen hartanah dan warganegara tempatan berusia sekitar 40an telah mengeluarkan sejumlah wang tunai daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Meru, Klang kira-kira jam 2 petang sebelum kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa kemudian memandu kereta jenis Mercedes berwarna hitam dan menghala ke kawasan Bukit Tinggi untuk bertemu dengan rakannya,” katanya.

Ketika lelaki terbabit memberhentikan kenderaan kerana jalan sesak, dia didatangi dua individu tidak dikenali.

“Kedua-dua suspek terbabit bertindak memecahkan cermin pintu sebelah pemandu dan penumpang hadapan.
“Siasatan mendapati seorang suspek menggunakan kayu besbol untuk memecahkan cermin pintu penumpang hadapan manakala seorang suspek lagi menggunakan sebilah parang untuk memecahkan cermin pintu sebelah pemandu,” ujarnya lagi.

Pemandu disamun lelaki bersenjata, suspek bawa lari laptop

Difahamkan, suspek telah melarikan sebuah komputer riba dengan menggunakan kereta jenis Toyota Yaris berwarna silver.

Mangsa juga mengalami kecederaan susulan berlaku sedikit pergelutan dengan suspek.

“Pergelutan antara mangsa dengan suspek mengakibatkan mangsa patah tulang jari tangan kiri dan luka sebelah lengan kanan.
“Kerugian yang dialami mangsa dianggarkan sebanyak RM6,000 melibatkan komputer riba milik mangsa serta kerosakan cermin kenderaannya,” jelas Kamalariffin.

Artikel lain: Lelaki Cedera Hampir Disamun Ketika Joging Awal Pagi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan kejadian tersebut dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan pihak polis menggesa agar orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan segera tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber: Facebook Polis Klang Selatan

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Uncategorized

Nama usahawan terkenal, Prince Syed, kembali menjadi tumpuan selepas tular dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, Fatin Syazwani, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di...

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia selepas ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand, malam tadi. Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd