Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Sekolah Di Banting: Jangan Sebar Identiti Pelajar, Boleh Didenda RM10,000 -SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) menzahirkan kebimbangan terhadap insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, yang mencetuskan perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, CC turut merakamkan simpati kepada mangsa yang cedera serta berharap mereka segera pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan trauma yang dialami.

Suspek dan mangsa masih kanak-kanak

Menurut CC, kedua-dua mangsa dan individu yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan masih berstatus kanak-kanak.

Justeru, hak mereka perlu dihormati dan dilindungi mengikut undang-undang negara serta Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disertai Malaysia sejak 1995.

“Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis, amat penting bagi semua pihak untuk menghormati sepenuhnya hak, maruah dan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak yang terbabit sepanjang proses perundangan ini berlangsung,” menurut kenyataan itu.

SUHAKAM turut melahirkan kebimbangan terhadap penyebaran imej, rakaman video, maklumat peribadi dan pelbagai spekulasi mengenai kanak-kanak terbabit di media sosial serta aplikasi sembang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan siasatan, malah memberi kesan psikologi berpanjangan, mengundang stigma dan menyukarkan proses pemulihan mereka pada masa hadapan.

Dilarang buat sebarang penerbitan

Orang ramai, agensi media dan pengguna media sosial turut diingatkan bahawa Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang sebarang penerbitan atau penyebaran maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak dalam prosiding.

Individu yang melanggar peruntukan itu boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mengulas laporan media yang memetik kenyataan peguam suspek bahawa kanak-kanak yang dituduh merupakan seorang autistik, CC menegaskan perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mewujudkan stigma atau menghasut kebencian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap kanak-kanak, termasuk golongan kurang upaya, mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang untuk dihormati maruah mereka, mendapat layanan tanpa diskriminasi, serta akses kepada sokongan psikososial yang sewajarnya,” jelas CC.

Sehubungan itu, SUHAKAM menggesa semua pihak memperkukuhkan usaha pencegahan keganasan di sekolah melalui pengesanan awal faktor risiko, penyediaan sokongan kesihatan mental serta kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan serta keselamatan kanak-kanak terus terpelihara.

Sumber: Facebook SUHAKAM

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd