Infozon
Pemandu Cedera Roti2 Berteraburan, Lori Stok Roti Gardenia Terbalik Atas Jalan

Gardenia sememangnya antara jenama roti yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Bahkan sewaktu pelaksanaan PKP diperingkat awal, pihak Gardenia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan stok di kedai-kedai pada waktu itu.
Disebalik stok-stok yang tiba memenuhi permintaan pelanggan di kedai-kedai seluruh Malaysia, pastinya terdapat insan yang penuh dedikasi membawa bekalan roti tersebut tiba di waktu yang tepat.
Stok-stok roti Gardenia berteraburan atas jalan raya…
Menurut perkongsian orang awam di Facebook, sebuah lori yang membawa stok roti Gardenia telah terlibat dalam kemalangan pada jam 2 pagi tadi. Kejadian ini telah berlaku di sekitar Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Lori2 remuk, pemandu lori roti cedera
Pemandu lori roti Gardenia berkenaan dikatakan telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori penghantaran dan juga sebuah lagi lori tangki minyak. Terdapat beberapa keping gambar yang memaparkan situasi kejadian turut dikongsikan pengguna Facebook terbabit.
Video situasi di tempat kejadian…
Lori roti Gardenia ini dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menghantar roti di sekitar selatan tanah air iaitu Tangkak, Segamat dan juga Muar.
Diharapakn penggemar roti Gardenia di kawasan terbabit dapat bersabar dan memahami situasi yang sedang melanda si pemandu.
Sumber: Facebook.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit