Connect with us

WOW

Pelayan ‘Perform’ Tarian Blackpink Ketika Hidang Makanan

Blackpink merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Korea yang ditubuhkan oleh YG Entertainment pada tahun 2016. Kumpulan tersebut dikenali dengan lagu-lagunya yang terkini seperti Boombayah dan yang terbaru ialah Kill This Love.

Kumpulan tersebut mempunyai empat orang ahli iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose. Kumpulan ini dikatakan menjadi kegilaan ramai sehingga menjadi ikutan di pelosok dunia.

Hidang makanan sambil buat tarian Kill This Love

Seorang lelaki yang merupakan pelayan Haidiloa di Pavilion baru-baru ini, telah viral apabila dia  menghidang makanan pelanggan dengan kaedah yang unik.

Menari Kill This Love

Pelayan itu telah menari tarian Kill This Love. Dia akan melakukan tarian tersebut pada setiap hidangan yang dipesan menerusinya. Berikutan itu, ramai pelanggan yang teruja melihat persembahan tersebut.

Pelayan itu adalah seorang yang sangat berbakat, kerana setiap lenggok tariannya begitu cantik dan bertenaga. Kebanyakan pelanggan dilihat telah merakam tarian tersebut.

Video tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang daripada pelanggannya dan kemudian telah dimuatnaik pada laman sosial media Facebook sehingga mendapat perhatian netizen.

https://www.facebook.com/heng.er/videos/10215236250196398/?eid=ARBKMKKmX22YqPV4HYagPOKauMw_GNKvTK_CVWQ55iui_wb9S5zaphOrYLtcrxUqO14vIT9ui5YHjB17

Rata-rata netizen memberi komen yang positif setelah menyaksikan video tersebut. Tahniah kepada pekerja tersebut kerana melakukan tugasnya dengan baik.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending