Infozon
Pangkat-Pangkat Dalam PDRM Yang Perlu Anda Tahu

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
Memetik sumber dari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia, kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.
Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Komisioner (ACP – IGP), Kumpulan Superintendan (ASP – SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP).
Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :
Pegawai-Pegawai Kanan Polis
- Inspektor General Polis (IG)
- Deputi Inspektor General Polis (DIG)
- Komissioner Polis (CP)
- Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP)
- Deputi Komisioner Polis (DCP)
- Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
- Asisten Komisioner Polis (ACP)
- Superintendan Polis (SUPT.)
- Deputi Superintendan Polis (DSP)
- Asistan Superintendan Polis (ASP)
- Inspektor (INSP)
- Inspektor Percubaan (P/I)
Pegawai Rendah Polis
- Sub-Inspektor (SI)
- Sarjan Mejar (SM)
- Sarjan (SJN)
- Koperal (KPL)
- Lans Koperal (L/KPL)
- Konstabel (KONST)

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit