Connect with us

Cute

Niat Nak Bantu Ultraman Melawan Raksasa, Habis TV Rosak Dikerjakan

Tingkah laku anak-anak yang semakin membesar sememangnya tidak boleh diduga. Sebab itu pentingnya kehadiran ibu bapa dalam memerhatikan tidak tanduk anak-anak bagi memastikan keselamatan dan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Semalam tular sebuah video yang menunjukkan aksi seorang anak kecil yang cuba ‘membantu’ heronnya yang telah menyerang raksasa.

Melihat Ultraman itu diserang oleh watak penjahat, kanak-kanak itu pantas mencapai sebuah mainan dan mencampakkannya ke arah televisyen.

Malangnya skrin televisyen menjadi retak dan rosak gara-gara terkena lemparan itu. Walau bagaimanapun anak kecil itu kelihatan masih tidak berpuas hati. Kali ini dia menggunakan objek lain pula bagi memukul ‘raksasa’ itu .

Hasilnya kerosakan televisyen itu menjadi berkali ganda dan akhirnya skrin bertukar hitam dan putih sepenuhnya. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Chengdu, China dan sewaktu aksi itu terakam oleh CCTV, kelihatan tiada langsung pengawasan daripada ibu bapa.

Advertisement

Stupid parenting…

Kebanyakan netizen terhibur dengan aksi kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun beberapa netizen berasa ralat kerana tiada ibu bapa yang memantau dan turut berasa risau sekiranya terdapat sebarangan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Mungkin ibunya pergi ke tandas

Namun terdapat beberapa netizen yang tidak menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak itu memandangkan terdapat segelas wain di atas meja. Kemungkinan ibunya pergi ke tandas dan meninggalkan anaknya untuk sementara waktu.

Seorang netizen menceritakan kisah pengalamannya yang lebih kurang sama terjadi sewaktu zaman seusia budak kecil itu.

Sumber: Facebook @NowThis

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending