Connect with us

WTF

Nak Pikat Hati Lelaki, Pemuda Nekad ‘Berniqab’ & Tinggal Di Rumah Sewa Perempuan

Seorang pemuda ditangkap oleh pihak berkuasa apabila dia menyamar sebagai seorang wanita berniqab dan menginap di sebuah rumah sewa khas untuk perempuan di Kota Ternate, Indonesia, lapor Suara.Com.

Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan oleh pemuda berusia 21 tahun itu sangat mengejutkan apabila dia mengakui berpakaian sedemikian demi memikat hati jejaka yang diminatinya.

Penyamarannya itu terbongkar pada 9 Februari lalu setelah penghuni lain perasan seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘wanita berniqab’ berkenaan.

Kecurigaan mereka akhirnya terjawab apabila mereka mengekori pemuda itu sehingga ke tempat tinggalnya dan ternyata, dia merupakan seorang lelaki.

Malah bukan sehari dua tau dia tinggal di rumah sewa perempuan itu, tetapi sudah dua bulan lamanya. Aduhai lambat juga nak terbongkar!

Advertisement

Boleh dikatakan nasib pemuda itu agak baik kerana pihak berkuasa sempat menangkapnya, sebelum dia diserang oleh penghuni lain.

Hasil siasatan pihak polis, pemuda itu mengaku menyukai lelaki sehingga sanggup berniqab kerana ingin mencari ‘pasangan kekasih’ sesama jenis.

Video pemuda berkenaan juga ada dikongsi menerusi sebuah portal Indonesia melalui Instagram @jurnalisjunior.

View this post on Instagram

A post shared by JURNALIS_JUNIOR (@jurnalisjunior)

Advertisement

Dalam video pendek berkenaan, pemuda itu mengenakan niqab dan memakai jubah serba hitam di seluruh badan hanya menampakkan mata sahaja seperti seorang muslimah sejati.

Apabila ditanya bagaimana dia boleh hidup dengan perempuan-perempuan yang tinggal serumah dengannya? Adakah dia berkumpul atau bersosial dengan mereka?

“Jarang sekali, saya jarang keluar kamar, saya kencing di kamar,” jawab pemuda berkenaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menemui banyak botol yang berisi air kencing dalam biliknya. Sah, dia jarang keluar dari bilik kerana mahu mengelakkan dari rahsianya terbongkar.

Meskipun yang demikian, pemuda itu tidak ditahan dan hanya diarahkan menulis surat kenyataan.

Advertisement

Memetik laporan media Indonesia, itu bukan kali pertama pemuda berkenaan melakukan tabiat sedemikian. Malah, dia pernah ‘berniqab’ dan menceroboh sebuah asrama lain pada tahun 2020 lepas.

Allahu. Macam-macam kes, sanggup buat kerja ‘gila’ sampai ditahan. Semoga pemuda tersebut berubah dan diberikan hidayah!

Sumber: Instagram @jurnalisjunior, suara.com, penamalut.com

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending