Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Zayn Malik Tulis Surat, Gesa PM Beri Bantuan Makanan Percuma Untuk Kanak-Kanak Miskin

Penyanyi terkenal antarabangsa, Zayn Malik menggesa Perdana Menteri (PM) United Kingdom iaitu Rishi Sunak untuk memberikan bantuan makanan percuma buat kanak-kanak miskin di negara berkenaan.

Penyanyi berusia 29 tahun yang juga merupakan bekas pelajar pernah bergantung kepada bantuan makanan ketika dibesarkan di Bradford, West Yorkshire merayu agar Sunak meluaskan skim tersebut yang akan dibuat pada 17 November ini.

Zayn berkata sedemikian menerusi kenyataan bertulis yang dikongsikan di laman Instagram miliknya pada minggu lalu.

Menerusi kenyataan tersebut, Zayn turut menyatakan penyelidikan yang dibuat oleh Child Poverty Action Group di mana kira-kira 800,000 kanak-kanak miskin di England terlepas mendapatkan makanan tengah hari secara percuma di sekolah disebabkan peraturan yang ketat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prihatin dengan nasib menimpa golongan tersebut, Zayn berharap agar surat yang ditulis itu mendapat perhatian Sunak bagi memastikan tiada kanak-kanak mengalami kelaparan sepertinya dulu.

“Kanak-kanak ini mengalami kekurangan tumpuan, malah ada yang terpaksa mencuri makanan di kantin sekolah kerana terlalu lapar kerana tidak mampu membeli makanan tengah hari,”tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Zain Javadd Malik memaklumkan kemiskinan itu telah membuatkan kanak-kanak berasa malu sehingga mampu mendatangkan kesan terhadap fizikal dan mental seseorang.

“Saya tahu perasaan malu itu sebab saya sendiri telah melaluinya kerana membesar di Bradford. Saya hanya bergantung dengan makanan percuma yang disediakan di sekolah,”ujarnya.
View this post on Instagram

A post shared by Zayn Malik (@zayn)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan itulah, dia berharap sangat Perdana Menteri United Kingdom mengambil serius akan hal tersebut. Tambahan pula, rakyat kini terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Zayn juga berharap agar pihak atasan tidak mencampuradukkan dengan ideologi politik.

Sumber: Instagram @zayn

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd