Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“You Duit Ada Kasi” – Gelagat Wanita Cina Teruja Jumpa PM Anwar Undang Gelak Tawa

Seorang wanita berbangsa Cina yang juga peminat tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian ramai apabila kelihatan begitu teruja ketika berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Perdana Menteri itu dalam satu lawatan di Segamat.

Momen mesra tersebut dikongsikan sendiri oleh Anwar menerusi satu video di Facebook yang dimuat naik pada Rabu.

Menerusi kapsyen hantaran berkenaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan sempat berseloroh mengenai pertemuan tersebut.

“Jumpa peminat tegar di Segamat tadi. Sempat mengusik dan bergambar. Azizah (isteri) jangan cemburu ya,” tulisnya.

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan wanita berkenaan yang tidak dapat menyembunyikan keterujaannya sebaik sahaja berpeluang bersemuka dengan Anwar.

Dalam perbualan santai mereka, wanita itu secara terbuka meluahkan rasa kagumnya terhadap Anwar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya suka lu (kamu),” katanya kepada Perdana Menteri.

Anwar kemudian membalas dengan nada bersahaja sebelum bertanya mengenai kehidupan peribadi wanita tersebut.

“Terima kasih. Berapa orang anak?” soal beliau.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia masih belum berkahwin, sekali gus mengundang usikan daripada Anwar.

“Patut nampak muda lagi. Makan apa kasi nampak muda?” ujar beliau sambil tersenyum.

Wanita terbabit kemudian mencetuskan suasana ceria apabila menjawab dengan santai bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memainkan peranan dalam kehidupannya.

“You duit ada kasi maa,” balasnya diiringi ketawa orang ramai.

Wanita itu turut memaklumkan dia sanggup datang semata-mata untuk bertemu Perdana Menteri selepas mengetahui mengenai kehadiran beliau di kawasan tersebut.

“Tahu you datang, saya mahu datang,” katanya.

Suasana semakin mencuit hati apabila wanita itu dilihat bergambar dengan Anwar sambil merangkul tangan beliau.

Ketika itu, Anwar sekali lagi mengundang gelak tawa orang ramai apabila berseloroh mengenai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Ini Azizah tengok cemburu juga tau,” ujar Anwar.

Rakaman itu mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya terhibur melihat kemesraan dan interaksi spontan antara Anwar dengan wanita berkenaan, selain menyifatkan ia mencerminkan hubungan rapat beliau dengan rakyat pelbagai kaum.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd