Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Video Warga Emas Cuci Tandas Di Stesen Minyak Raih Simpati Ramai – “Patut Usia Begini Rehat Kat Rumah”

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads.

Walaupun jelas kelihatan usianya sudah lanjut, semangatnya untuk terus bekerja demi mencari rezeki halal benar-benar menyentuh hati warganet.

warga emas

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Threads, @aishahyakaew, yang berkongsi rasa sebak melihat kegigihan pakcik itu. Dalam rakaman berdurasi beberapa saat, lelaki berkenaan dilihat memerah mop dengan pergerakan perlahan dan berhati-hati.

Artikel lain: Usia 71 Tahun Bukan Penghalang! Warga Emas Jadi Penghantar Makanan Demi Kelangsungan Hidup

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap gerakannya memperlihatkan betapa dia sudah tidak sekuat dulu, namun tetap berusaha menyelesaikan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.

“Agak-agak berapa lama pakcik ni siap basuh tandas ya, tak tahu lah kenapa aku sedih tengok pakcik ni, patut usia macam ni dah rehat santai kat rumah je. Semoga Allah permudahkan urusan pakcik ni,” tulisnya.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak dan kagum dengan semangat pakcik berkenaan yang masih bekerja di usia lanjut. Ada juga yang mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki.

Walaupun tidak banyak diketahui tentang latar belakangnya, ketabahan warga emas ini memberi inspirasi kepada orang ramai.

warga emas

Dalam keadaan hidup yang tidak menentu, masih ada insan seusia ini yang sanggup berpeluh demi kelangsungan hidup dan tidak mengharapkan belas sesiapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kadang-kadang, kisah seperti ini cukup untuk buat kita tersentuh. Di sebalik tubuh tua dan langkah perlahan, tersimpan semangat luar biasa seorang manusia yang masih kuat berjuang demi sesuap nasi.

Semoga dalam jagaan Allah selalu

warga emas

Terima kasih owner Shell bagi kepercayaan dekat pak cik

warga emas

Tak boleh tengok benda-benda macam ni

warga emas

Sumber: Threads @aishahyakaew

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd