Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Warga Asing Maut Dirempuh Pegawai Tentera Mabuk: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

Kes kemalangan maut di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang mengorbankan seorang lelaki warga Bangladesh kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

“Mahkamah membenarkan suspek direman sehingga 28 April. Jika sabit kesalahan, pertuduhan bunuh membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan jika hukuman mati tidak dikenakan,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Menurut beliau, perintah reman selama lima hari terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Puan Guftan Nor Asyikin Murlikamal di bilik reman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, jam 10.45 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.38 pagi semalam, seorang pegawai tentera berusia 31 tahun ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan maut di lebuh raya berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek yang memandu sebuah Ford Fiesta dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah Perodua Alza yang digunakan sebagai kenderaan e-hailing di lorong kiri.

Kenderaan e-hailing itu membawa dua penumpang warga Bangladesh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seorang penumpang lelaki berusia 22 tahun yang duduk di bahagian tengah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penumpang wanita berusia 20 tahun cedera dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Baru Tiba Di Malaysia, Warga Asing Maut Dirempuh Pegawai Tentera Mabuk

Pemandu e-hailing turut mengalami kecederaan di kepala, sementara pegawai tentera berkenaan serta seorang penumpang wanita berusia 36 tahun dalam kenderaannya juga cedera. Kesemua mangsa dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Keputusan ujian pernafasan mendapati pemandu Ford Fiesta itu mempunyai kandungan alkohol melebihi had dibenarkan, manakala ujian saringan dadah menunjukkan keputusan negatif.

Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pempengaruh permainan video terkenal, Advance Gaming.

Difahamkan, mangsa, Muzahid Millad, 22, baru tiba di Malaysia bersama isterinya, Nafisa Tabassum Adiba, 23, dari Habiganj, Bangladesh untuk bercuti selama seminggu di ibu negara sebelum tragedi tersebut berlaku.

Sumber: Utusan Online 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd