Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Warga Asing Jual Jagung Depan KLCC? DBKL Sahkan Video Tular Rakaman Lama!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan video yang memaparkan aktiviti perniagaan di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan tular di media sosial baru-baru ini merupakan rakaman lama serta tidak menggambarkan keadaan semasa.

Penjelasan itu dibuat susulan penyebaran video yang memaparkan beberapa individu dipercayai warga asing menjalankan aktiviti menjual jagung keju di kawasan tumpuan pelancong berkenaan.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan hasil perbandingan visual mendapati video tersebut hanya memaparkan satu papan tanda di lokasi berkenaan, sedangkan keadaan semasa menunjukkan terdapat dua papan tanda di kawasan sama.

“Video tersebut merupakan rakaman lama dan tidak menggambarkan situasi semasa.
“Berdasarkan rekod rakaman CCTV DBKL, tiada sebarang aktiviti perniagaan seperti yang dipaparkan dalam video tersebut di kawasan berkenaan sepanjang tahun ini,” katanya.

Menurut DBKL, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di sekitar kawasan Parlimen Bukit Bintang termasuk KLCC bagi memastikan aktiviti penjajaan haram dapat dibendung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Penjaja Air Tular Disita! DBKL Tegaskan Dataran Merdeka Kawasan Larangan Berniaga

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya,” katanya lagi.

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd