Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Sanggup Pandu 175 Kilometer Setiap Minggu Demi Jaga Ayah Sakit

Seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Nurul Fatimah Rezemi sanggup memandu 175 kilometer (km) setiap minggu dari Segamat, Johor Bahru ke Nilai, Negeri Sembilan demi menjaga ayahnya, Rezemi Budin.

Menurut laporan Harian Metro, Farah telah melakukan rutin tersebut sejak tiga tahun lalu selepas ayahnya diserang angin ahmar.

Jelasnya lagi, dia bersama adik beradik yang lain akan bergilir-gilir menjaga ayahnya yang tidak mampu untuk menguruskan diri, tidak mampu berjalan dan pernah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala sejak 2017.

“Adik bongsu, (Kamil, 27) yang juga autism menemani ayah dan emak (Talhah Palil, 64) di rumah tetapi kami adik-beradik lain akan bergilir-gilir temankan ayah menjalani pemeriksaan dan setiap hujung minggu kakak akan jaga ayah, manakala saya akan pulang pada hari biasa untuk temankan mereka pula.
“Selain itu, Kamil juga berstatus orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran turut perlu menjalani pemeriksaan susulan jadi kami juga akan bergilir-gilir bawa dia ke hospital,” katanya.

Walaupun terpaksa menanggung kos perjalanan yang tinggi tambahan pula dengan peningkatan kos sara hidup, Farah tidak pernah menganggap perkara tersebut satu bebanan demi meluangkan masa dengan insan tersayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber gambar: Harian Metro

“Wang boleh dicari dan sementara masih muda serta ada peluang, biarlah ‘healing’ bersama ayah dan keluarga. Keadaan di rumah sangat perlukan bantuan saya, jadi penat itu kita tolak tepi.
“Kalau boleh memang mahu duduk bersama ayah tetapi buat masa ini ada kekangan dan rezeki masih berada di negeri orang, namun apa yang penting saya cuba melakukan yang terbaik bagi mendapat reda ibu bapa dan Allah SWT,” ujarnya lagi.

https://www.facebook.com/100090109027754/videos/757528272244111

Bukan itu sahaja, Farah tidak akan menghantar ayahnya itu ke rumah orang tua kerana mahu menjaga insan tersebut hingga akhir hayat.

Baginya, menjaga orang tua adalah salah satu tanggungjawab sebagai seorang anak namun, dia mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber gambar: Harian Metro

“Saya ada kenangan paling ‘best’ apabila ayah muntah dalam kereta tetapi itu bukan masalah kerana kenderaan boleh dicuci asalkan ayah selesa.
“Ayah pernah suruh hantarnya ke rumah orang tua sebab rasa membebankan, tetapi kami tak sanggup dan akan jaganya sampai bila-bila.
“Ini adalah tanggungjawab kami lima beradik sebagai anaknya dan tidak terbalas jasa ayah.
“Jaga orang sakit memang perlu sabar dan sejak sakit ayah sensitif tetapi dia selalu cakap terima kasih sebab jaga dan bawanya berjalan. Kami anggap ini peluang untuk mengejar pahala sebagai bekalan di sana nanti,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi), Facebook @Farah Nurul Fatimah Rezemi

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd