Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Maut Dipukul Anak Dengan Tukul Besi & ‘Safety Boot’

Wanita maut dipukul anak lelaki dengan tukul besi dan kasut keselamatan (safety boot) di kediaman mereka dekat Kampung Jawa, di sini pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, anak wanita terbabit yang juga tukang gunting berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berjaya diberkas tidak lama selepas kejadian.

wanita maut

Katanya lagi, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian terbabit kira-kira jam 9.45 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan wanita warga tempatan berumur 56 tahun dan tinggal bersama suami dan suspek.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul mangsa menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Iqbal Ibrahimb berkata, hasil maklumat kemudiannya membawa kepada tangkapan suspek yang berumur 33 tahun di Taman Sentosa Klang kira-kira jam 11.30 pagi.

Ujian saringan dijalankan mendapati suspek positif dadah selain memiliki dua rekod dadah dan satu rekod jenayah.

wanita maut

Artikel lain: Lima Lelaki Diberkas, Ikat & Belasah Pemandu Kereta Sehingga Maut

Sementara itu. mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Salwani Samsudin di talian 0132444234.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd