Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita 76 Tahun ‘Hidup Semula’, Menggelupur Ketuk Keranda Minta Keluar

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita di Ecuador telah hidup semula dalam keranda sewaktu upacara  pengebumiannya sehingga menjadi bualan hangat ramai.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak mangsa iaitu Gilbert Balberan yang mengatakan ibunya bertindak mengetuk keranda dan kemudiannya dibantu oleh dua orang lelaki untuk keluar daripada keranda terbabit.

Balberan telah mendapatkan keranda tersebut yang diberi oleh keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat.

“Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami,” katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif.

Difahamkan, ibunya yang dikenali sebagai Bella Montoya, 76, telah dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti sebelum kematiannya tiba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

gambar hiasan

Ekoran kejadian itu, pihak Kementerian Kesihatan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjalankan siasatan selain menyelia perkembangan Montoya.

Sumber: Sinar Harian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd